Perkaitan FPK dan tunjang KSSR
NORHAFIZAH BINTI AHMAD KAMAL
R1 MAJOR BM
PISMP AMBILAN JUN 2016
Soalan: Apakah perkaitan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dengan tunjang Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)?
Jawapan:
Tunjang KSSR dibina berdasarkan FPK. Hal ini kerana tunjang KSSR adalah bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang. Tujuan tersebut juga terdapat di dalam KSSR iaitu “…mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis…”.
Tunjang KSSR menekankan tentang perkembangan fizikal dan estetika. Hal ini juga turut ditekankan di dalam FPK iaitu “…dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani…”Murid-murid yang akan dihasilkan kemudian bukan sahaja diharap cemerlang dari segi akademik malah dari segi jasmani dan kesihatan diri mereka.
Kerohanian sikap dan nilai terdapat di dalam tunjang KSSR dan begitu juga dengan FPK. Dalam FPK ada menyatakan “…berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan…”, yang menunjukkan hasrat FPK yang ingin melahirkan insan yang bukan sahaja mempunyai agama malah mempercayai dan patuh pula kepada Tuhan. Melalui kurikulum KSSR. Murid-murid juga diharap dapat menghayati amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai-nilai murni.
Seterusnya, KSSR berteraskan FPK iaitu ingin melahirkan murid-murid yang berperikemanusiaan. Selaras dengan yang terkandung di dalam FPK iaitu “ …memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara…”, tunjang KSSR juga bertujuan melahirkan insan yang dapat menguasai ilmu atau amalan mengenai masyarakat, negara dan isu global. Hal ini penting kerana dapat menyatukan hubungan antara pelbagai kaum di Malaysia dan mengelakkan salah faham dalam budaya yang pelbagai sehingga dapat memecah belahkan masyarakat. Murid juga dapat dipupuk dengan rasa cinta yang tinggi kepada negara dan sanggup berjuang menaikkan nama negara di peringkat antarabangsa melalui pelbagai cara yang positif.
Comments
Post a Comment