Perkaitan FPK dan tunjang KSSR
NORHAFIZAH BINTI AHMAD KAMAL R1 MAJOR BM PISMP AMBILAN JUN 2016 Soalan: Apakah perkaitan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dengan tunjang Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)? Jawapan: Tunjang KSSR dibina berdasarkan FPK. Hal ini kerana tunjang KSSR adalah bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang. Tujuan tersebut juga terdapat di dalam KSSR iaitu “…mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis…”. Tunjang KSSR menekankan tentang perkembangan fizikal dan estetika. Hal ini juga turut ditekankan di dalam FPK iaitu “…dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani…”Murid-murid yang akan dihasilkan kemudian bukan sahaja diharap cemerlang dari segi akademik malah dari segi jasmani dan kesihatan diri mereka. Kerohanian sikap dan nilai terdapat di dalam tunjang KSSR dan begitu juga dengan FPK. Dalam FPK ada menyatakan “…berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan…”, yang menunjukkan hasrat FPK yang ingin melahirkan insan yang bukan sahaja ...